Inilah Dosa Yang 1000 Kali Lebih Besar Dari Berzina, Sila SEBARKAN !!!

Perilaku zina merupakan salah satu perbuatan dosa besar yang sangat dibenci Allah. Begitu banyak ayat dalam Al-Quran menjelaskan tentang hukuman yang akan diterima para pelakunya baik ketika di dunia maupun ketika di akhirat.

Jika dilakukan oleh orang yang belum berkahwin, maka pelaku zina harus direjam di hadapan penduduk sebanyak seratus kali. Sementara bagi yang sudah berkahwin namun melakukan zina dengan yang bukan mahram, maka hukumannya direjam hingga mati.

Bahkan dalam sebuah riwayat diterangkan bahawa Nabi Musa as tidak memaafkan pelaku zina kerana dianggap sangat hina. Ia mengusir wanita penzina yang ingin bertaubat dan meminta petunjuk darinya. Hal ini membuktikan bahawa zina merupakan dosa besar yang sukar diampunkan.

Meski demikian besar ancaman dosa yang akan diterima oleh pelaku zina, namun ternyata ada dosa yang besarnya 1000 kali lebih besar daripada dosa ini. Ancaman bagi pelaku dosa tersebut adalah hukuman dan kemurkaan Allah serta mendapatkan kehinaan di dunia dan akhirat. Apakah dosa yang 1000 kali lebih besar berbanding zina? Berikut ulasannya.

Ternyata dosa yang sedemikian besar tersebut adalah dosa orang yang sengaja meninggalkan solat lima waktu. Salat merupakan kewajipan utama umat Islam yang menjadi asas dasar agama Allah ini. Meninggalkannya sama dengan meruntuhkan tiang agama dan menjadikan Allah SWT menjadi murka. Tidak hanya ketika di dunia, hukuman bagi orang yang meninggalkan solat, di akhirat juga sangat pedih.

Ibnu Qayyim Al Jauziyah -rahimahullah- mengatakan, “Kaum muslimin bersepakat bahawa meninggalkan solat lima waktu dengan sengaja adalah dosa besar yang paling besar dan dosanya lebih besar daripada dosa membunuh, merampas harta orang lain, berzina, mencuri, dan minum minuman keras. Orang yang meninggalkannya akan mendapat hukuman dan kemurkaan Allah serta mendapatkan kehinaan di dunia dan akhirat. “(Ash Sholah, hal. 7)

“Rasulullah SAW, diperlihatkan pada suatu kaum yang membenturkan kepala mereka pada batu, Setiap kali benturan itu menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan semula dan mereka tidak terus berhenti melakukannya. Lalu Rasulullah bertanya: “Siapakah ini wahai Jibril”? Jibril menjawab: “Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan Solat fardhu”. (Riwayat Tabrani).

Dalam riwayat yang lain juga dijelaskan bagaiamana kejamnya azab bagi mereka yang meninggalkan solat. Ibnu Abbas r.a. berkata Jika langit sudah terbuka, maka malaikat akan datang dengan membawa rantai sepanjang 7 hasta. Rantai ini akan digantungkan kepada orang yang tidak melaksanakan solat. Kemudian dimasukkan dalam mulutnya dan akan keluar dari duburnya. Kemudian malaikat mengumumkan, “ini adalah balasan orang yang meremehkan perintah Allah.” (Ibnu Abbas r.a).

Nisbah dosa yang diterima oleh orang yang meninggalkan solat adalah antara lain adalah sebagai berikut:

Jika satu kali meninggalkan solat subuh, maka hukumannya adalah masuk neraka selama 30 tahun, sedangkan satu hari di neraka sama dengan 60,000 tahun di dunia. Ertinya satu kali tidak melaksanakan salat subuh, maka kita akan merengkok 60 ribu tahun di neraka.

Meninggalkan satu kali solat zohur, sama dosanya dengan dosa membunuh 1,000 umat Islam
Dosa satu kali meninggalkan solat Asar sama dengan dosa meruntuhkan Kaabah
Dosa satu kali meninggalkan solat maghrib sama dengan dosa berzina dengan ibunya (jika laki-laki) atau berzina dengan bapanya (jika perempuan)

Satu kali meninggalkan solat isyak, tidak akan di-redhoi oleh Allah untuk tinggal di Bumi dan akan didesak mencari bumi atau tempat hidup yang lain.Semoga kita menjadi orang-orang yang senantiasa mendirikan salat, melaksanakannya tepat waktu, serta mampu mengajak keluarga lain untuk salat tepat waktu. Semoga saja tulisan ini bermanfaat dan terima kasih sudah membaca.


Baca lagi cerita dibawah
Tiga golongan manusia yang dicintai Allah | Dalam hadis qudsi ada disebut tiga golongan manusia yang dicintai dan yang paling dicintai Allah SWT iaitu:
Allah mencintai orang yang tawadhu, tetapi Allah sangat mencintai orang kaya yang tawadhu.
Allah SWT mencintai orang yang pemurah, tetapi Alllah SWT sangat mencintai orang miskin yang pemurah.
Allah sangat mencintai orang yang bertaubat tetapi Allah SWT sangat mencintai orang muda yang bertaubat.
Tiga golongan yang dibenci Allah ialah:
Allah SWT membenci orang yang takabbur, tetapi Allah SWT sangat membenci orang kaya yang takabbur
Allah SWT membenci orang yang bakhil, tetapi Allah SWT sangat membenci orang kaya yang bakhil
Allah SWT membenci orang yang tidak mahu beraubat, tetapi Allah SWT sangat membenci orang tua yang tidak mahu bertaubat.
Luqman Al- Hakim pernah berpesan kepada anaknya :
” Sepanjang hidupku, aku hanya memilih lapan kalimah daripada pusaka para nabi untuk dijadikan pegangan hidup, iaitu” :
Apabila engkau solat, jagalah baik-baik fikiranmu
Apabila engkau bertandang ke rumah orang lain, jagalah baik-baik pandangan matamu
Apabila engkau di majlis, jagalah lidahmu
Ingatlah kepada Allah SWT sepanjang masa
Ingatlah akan mati, iaitu bersedia hadapi maut
Lupakan budi baikmu terhadap orang lain
Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu
Jangan Lupa Joint Group Nasihat Ustaz : https://www.facebook.com/groups/NasihatUstazOfficial
Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat
https://www.youtube.com/watch?v=6wNtQbbNdDA

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *